Pengguna Mencari Perkhidmatan Pengangkutan

Dua Soalan

  1. Adakah anda memerlukan perkhidmatan pengangkutan pada kadar terbaik?
  2. Adakah anda memerlukan harga yang kompetitif untuk mengangkut barangan anda?

Jika jawapan kepada mana-mana diatas adalah ya, sila baca selanjutnya.

Apakah Faedah yang saya akan dapat Dengan Menggunakan perkhidmatan Transport4U?

Transport4U banyak memberi tumpuan kepada kenderaan yang mempunyai ruang kosong dalam perjalanan balik.

Anda boleh mencari pengangkutan yang melalui destinasi pilihan anda yang diiklankan oleh pihak syarikat pengangkutan melalui perkhidmatan yang kami sediakan dengan harga yang sangat kompetitif.

Contoh Kes A

Sebagai contoh syarikat A hendak menghantar mesin pencetak dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu. Anda boleh mengiklankan secara percuma di laman sesawang Transport4U, maklumat peribadi anda adalah selamat dan hanya boleh dilihat oleh ahli-ahli berdaftar yang boleh mengakses sahaja. Syarikat pengangkutan akan menghubungi anda sebaik saja persetujuan dicapai oleh kedua-dua belah pihak.

Apa Lagi Yang Kami Lakukan?

reduce empty backloads

Mula-Mula kami akan pastikan jika terdapat mana-mana pengangkutan yang ada lebihan ruang dalam perjalanan balik ke johor (backload).

Jika ya, anda boleh membuat penjimatan kerana syarikat pengangkutan tersebut telah dibayar untuk perjalanan itu. Rundingan boleh dibuat untuk mencapai harga yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Contoh Keputusan Kes A

Syarikat A akan menerima senarai sebut harga dari beberapa syarikat pengangkutan. Ini adalah situasi di mana kedua-dua belah pihak mencapai kata persetujuan maka dengan ini salah satu pengangkutan akan dipilih untuk membuat penghantaran tersebut.

Contoh Kes B

Sebuah syarikat logistik dari Shah Alam akan mengumpul muatan penuh dari Pelabuhan Klang, ia akan dihantar ke gudang di Ipoh, tetapi lori itu tidak mempunyai muatan untuk kembali ke Selangor.

Apa Yang Kami Boleh Lakukan?

Cari mana-mana kerja yang tersenarai dan bersesuaian untuk perjalanan dari Ipoh ke Selangor.

Kami akan berbincang dengan ahli berdaftar kami yang melalui laluan itu untuk memberi pilihan kepada mereka.

Salah satu cara lagi syarikat pengangkutan akan bergabung membawa muatan. Ini melibatkan pengabungan banyak muatan ke destinasi yang sama.

Keputusan Contoh Kes B

Syarikat logistik tersebut dapat meningkatkan pendapatan mereka bagi mengiklankan laluan tanpa muatan mereka dengan kami. Kami akan melihat senarai iklan yang kami ada untuk mencarimuatan untuk pengangkutan tersebut.

Contoh Kes C

Seorang suri rumah mahu mengambil perabot dapur dia yang baru sahaja dibeli dari seorang wanita di Puchong dan memerlukan pengangkutan dari puchong ke rumahnya di Subang Jaya.

Rutin Biasa Adalah:

1. Mereka akan bertanya kepada rakan-rakan mereka atau sesiapa sahaja yang boleh membuat penghantaran tersebut

1. Hasilnya:

Suri rumah tersebut terpaksa menerima apa saja tawaran yang diberikan.

2. Ataupun terpaksa pergi di tepi jalan untuk melihat tanda iklan yang terdapat pada pokok-pokok dan tiang jalan lampu atau cari iklan yang dicetak di Yellow Pages untuk mencari syarikat pengangkutan di kawasan anda.

2. Hasilnya:

Suri rumah tersebut hanya mempunyai 3 atau 4 pilihan dan dia tidak mempunyai maklum balas tentang kebolehpercayaan syarikat pengangkutan tersebut.

Contoh Kes C - Bagaimana Transport4U Dapat Membantu

After SubanSuri rumah tersebut boleh mengiklankan penghantaran perabot itu di laman sesawang transport4u. Pihak pengangkutan akan melihat tawaran kerja tersebut.

Transport4u Hasilnya:

Suri rumah tersebut akan menerima beberapa sebut harga untuk dipilih dan dia boleh membaca maklum balas ke atas penyedia pengangkutan untuk memastikan dia sedang berurusan dengan orang-orang profesional. Sebut harga yang rendah tidak semestinya mendapat peluang kerja tersebut.

Mengiklankan Kerja Penghantaran Anda Adalah Percuma.

Di atas adalah 3 contoh bagaimana Transport4U boleh membuat penjimatan besar apabila mencari pembekal pengangkutan untuk menghantar barang-barang anda.

Iklankan Kerja Penghantaran Anda Sekarang Dan Jimatkan Kos Penghantaran Anda.

Transport4U Logo

Make Your Move The Transport4U Way:

How can we help you?

We encourage transport and logistics companies to contact us, we are happy to discuss how we can help your business.

We can help any commercial or industrial enterprise achieve transport savings of up to 70%, we encourage any business organisation wanting to transport their goods to contact us, we are happy to discuss how we may reduce your transportation costs.